Sunday, August 4, 2013

Masih Ada Sinar ( Bahagian 1)

Angin bertiup mesra.. Sayup-sayup kedengaran unggas berkicauan merdu... Tenang dan damai sekali...Ilham Alia binti Shaharuddin,lebih mesra dan manja dipanggil "Ya" hanya terdiam sepi memandang alam Fatamorgana... Sekali-sekala kedengaran dari dalam rumah,deheman dan batuk ibunya... Sayu hati Ya, mengenangkan ibunya.. Di dalam hatinya terus berdoa, agar kesihatan ibunya pulih seperti sediakala.. " Yaa,Yaa..", panggil ibunya perlahan.. Tersentak Ya dari dunia lamunannya sendiri lantas bergegas dari muka pintu teratak mereka menuju ke arah ibunya.. " Iya , ibu.. Ya datang ni", balasnya seraya masuk ke dalam rumah.. Sebaik sahaja berada dengan ibunya,Ya menghulurkan segelas air buat ibunya sambil ubatnya ditelan.. "Ibu, Ya bawa ibu ke klinik ye", katanya sambil menahan sebak di dada.. Ya risau dek kerana ibunya pernah terbungkam di sawah ekoran matahari terik yang memakan keringat ibunya.. " Tak usahlah , Ya.. Ibu baik-baik saja", ibunya tersenyum menahan kesakitan dari terpancar di wajahnya.. Namun wajahnya yang pucat tidak mampu menyembunyikan penderitaan ibunya.. " Ibu, Yaaa sayang ibu",bisik ya perlahan di telinga ibunya.." Ibu juga sangat sayang pada Yaa, satu-satunya harta ibu di dunia ini".. Lantas mereka berpelukan mesra .. Penuh dengan kasih sayang walaupunj bukan harta yang ditabur, namun keindahan Islam disemai dari akar umbi .. indahnya kasih seorang ibu... " Ibu, Yaa pergi ke belakang rumah sekejap ye"'pinta ya.. " Pergilah sayang, balas ibunya.. Di situlah tempat dia bermain dari kecil hinggalah dewasa kini.. Buaian diayun ... Krik,Krik... sudah usang.. hasil peninggalan arwah ayahnya,, " Ayah, rinduuu.."' jerit hatinya.. Perlahan-lahan air matanya bergelinangan.. Teringat pula akan peristiwa di sekolah pagi tadi.. Perlahan-lahan dia menyeka air matanya dengan hujung lengan baju kurungnya yang agak lusuh.. bukan kerana marah, cuma terkilan.. Kenapa dirinya diperlakukan sebegini... Hina sangatkah dirinya?? Tidak dipinta lahir ke dunia dengan keadaan daif begini, getus hatinya... Ah, biarkan mereka, sambung kata hatinya lagi... dia tekad untuk berjaya... Dia tekad untuk menjadikan kemiskinan ini sebagai pentas kejayaannya.. ( Bersambung)

No comments:

Post a Comment